Telegram Stori

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris

Telegram Stori adalah ciri terbaru, privasi didahului dengan kegunaan format popular, dipenuhi dengan opsyen media kreatif – membolehkan setiap orang berkongsi detik manis hidup mereka dengan senarai tersuai pengguna, melihat statistik terperinci dan membuka alatan berkuasa tinggi.

Melihat Stori

Menonton Stori

Dari paras asal, semua stori dari kenalan anda di mana anda dibenarkan untuk lihat dipamir di bahagian atas senarai bual anda. Anda boleh tarik ke bawah untuk membesarkannya dan skrol ke semua stori. Untuk buka stori sesiapa, hanya tekan gambar profil mereka.

Anda juga boleh tonton stori dari pengguna Telegram lain. Sesiapapun dengan stori yang aktif dan boleh ditonton akan mempunyai gelung di keliling gambar profil mereka – seperti di senarai bual, pada profil mereka, dan dalam senarai ahli di grup.

Ketika menonton stori, anda boleh tekan pada kanan dan kiri skrin anda untuk lompat ke depan dan belakang – atau leret kanan dan kiri untuk lihat stori dari pengguna lain.

Menyembunyi Stori

Jika anda ingin sembunyi orang tertentu dari bahagian atas skrin anda tanpa menyekat mereka atau menghapus mereka dari kenalan anda, hanya tekan dan tekan lama pratonton stori mereka dan pilih ‘Sembunyi Stori’ – stori yang disembunyikan akan disenarai di arkib anda.

Untuk kembali semula aksi ini, buka arkib anda, tekan lama pada pratonton stori mereka dan tekan “Tunjuk Stori”. Ambil perhatian bahawa bual dengan pengguna berkenaan tidak akan digerakkan ke arkib, dan mereka tidak akan tahu anda arkib stori mereka.

Notifikasi

Di paras asal, anda akan diberitahu tentang stori baru dari 5 kenalan yang anda selalu hubungi. Anda boleh tukar secara manual notifikasi samada buka atau tutup untuk mana-mana pengguna dengan melihat salah satu dari stori mereka, menekan Menu iOS atau Menu Android dan memilih ‘Beri Notifikasi Stori ’.

Aturan notifikasi anda boleh disesuaikan dengan menambah pengecualian untuk pengguna individu atau keseluruhan grup.

Reaksi dan Balas

Ketika melihat stori seseorang, anda boleh dengan mudah beri reaksi kepadanya dengan menekan pada ikon jantung atau balas secara peribadi dari medan teks – ambil perhatian bahawa kedua aksi ini akan menambah anda ke senarai penonton walaupun anda mendayakan Mod Ghaib.

Anda boleh kirim beratus reaksi berlainan dengan menekan lama pada ikon jantung dan bukan dengan menekannya.

Mengepos Stori

Foto dan Video

Anda boleh tekan butang [+] (iOS) atau ikon kamera (Android) dalam senarai bual anda untuk mencipta stori, menggunakan foto atau video – samada dari galeri anda atau melalui kamera dalam ap anda.

Beberapa imej dari galeri anda boleh diguna dalam satu stori – buka panel stiker dalam editor dan tekan ikon foto di sudut bawah. Di sana anda juga boleh cari imej dari web.

Bila mencipta stori, anda boleh tekan untuk ambil foto, atau tekan lama untuk rakam video – kesemuanya dengan satu tangan. Ketika merakam, leret kiri untuk kunci rakaman, leret ke atas untuk zum masuk, atau leret kanan untuk tukar kamera.

Mod Kamera Dwi

Telegram Stori membolehkan anda untuk menangkap detik mustahak dari setiap sudut menggunakan kamera depan dan belakang peranti anda dalam masa yang sama.

Rakaman dari satu kamera memenuhi skrin, sementara kamera satu lagi dilapis dengan bulatan kecil, yang boleh digerakkan ke mana-mana posisi. Anda boleh tekan butang untuk pilih kamera mana pergi ke mana – walaupun ketikasedang merakam.

Mod Kamera Dwi tersedia hanya pada peranti tertentu berkuasa tinggi yang menyokong Kamera Dwi.

Editor Media

Stori menggunakan editor media Telegram yang berkuasa tinggi – membolehkan anda untuk membetulkan parameter seperti tahap kecerahan, kontras dan ketepuan, atau tambah stiker, GIF, teks dan tag lokasi.

Anda juga boleh tambah beberapa imej dari galeri anda atau terus dari web**. Untuk berbuat demikian , buka panel stiker dalam editor dan tekan pada ikon fotodi sudut kanan bawah – dari sana, samada pilih imej sedia ada atau guna ikon carian di sudut atas kanan atas untuk mencari yang baru di talian.

Kapsyen

Stori mempunyai medan berlainan hanya untuk teks – di mana anda boleh tambah lagi banyak konteks tanpa menutup mana-mana konten anda. Kapsyen menyokong @mentions (seruan) dan link, agar anda dapat tag rakan anda atau kongsi laman web.

Kapsyen membolehkan anda sehingga 200 aksara. Pengguna Premium boleh guna 10x kapsyen lebih panjang sehingga 2048 aksara.

Aturan Privasi

Bila mengepos stori, anda boleh pilih dari 5 aturan privasi: Setiap Orang, Kenalan Saya, Rakan Karib dan Kenalan Dipilih. Setiap opsyen boleh disesuaikan dengan sepenuhnya, membolehkan anda untuk rangkumi atau kecualikan pengguna individu, dan juga kesemua grup bual.

Aturan Privasi Terperinci

Tambahan lagi, anda boleh pilih senarai pengguna yang tidak akan dapat lihat stori anda, tidak kira apa aturan privasi yang anda pilih. Dengan cara ini anda boleh pastikan rakan sekerja atau ahli keluarga tidak akan secara tak sengaja mengetahui kegemaran anda yang anda tidak mahu diketahui mereka. 👀

Di menu privasi, anda juga boleh pilih samada untuk menghalang atau membenarkan petikan skrin. Menyahdaya Benar Petik Skrin juga menyembunyi mana-mana opsyen UI Telegram yang penonton boleh guna untuk simpan atau kongsi stori tersebut.

Opsyen Tamat Tempoh

Stori boleh dipamir mengikut pilihan anda 6, 12, 24 atau 48 jam. Untuk memilih berapa lama anda ingin stori anda dipamirkan, tekan ikon pemasa di sebelah hujung medan Kapsyen.

Apabila stori tamat tempoh, ia akan dipindah ke profil anda sebagai paras asal, kecuali anda pilih untuk nyahdaya opsyen ini, yang demikian ia akan pindah ke arkib stori anda.

Buat ketika ini, masa tamat tempoh stori tidak boleh disunting. Namun, anda sentiasa boleh menghapus stori dan mengeposnya semula dengan tempoh opsyen lebih panjang atau pendek.

Stori di Profil Anda

Anda boleh pilih untuk pos stori ke profil anda, disusun dalam grid menarik – di mana kedua-dua kenalan lama dan mereka yang baru menyertai Telegram akan dapat lihat kesemua stori anda seberapa lama yang anda ingin.

Setiap stori yang anda pos ke profil anda mempunyai aturan privasi berasingan – supaya anda sentiasa boleh mengawal yang mana satu sesetengah orang boleh melihatnya.

Stori boleh ditambah ke profil atau dikeluarkan dari profil anda pada bila-bila masa. Untuk tambah stori yang telah tamat tempoh ke profil anda, buka Arkib Stori anda di Aturan > Stori Saya.

Stori Saya dan Arkib Stori

Selepas stori tamat tempoh, mereka akan dipindahkan ke Arkib Stori anda di mana mereka boleh di skrol, dipos semula, ditambah ke profil anda, atau dihapus secara kekal. Untuk akses arkib anda, pergi ke Aturan > Stori Saya > Menu iOS > Tunjuk Arkib (iOS) atau Aturan > Stori > Arkib (Android).

Mana-mana stori yang anda pos ke profil anda juga dipamirkan di Aturan > Stori Saya, di mana anda boleh lihat dan urus mereka.

Menyunting Stori

Menyunting Konten

Mana-mana elemen stori anda boleh dikemaskini pada bila-bila masa – untuk tukar kenampakan, kapsyen, stiker atau tambahan lain tanpa menghapus dan mengepos kembali dari mula.

Untuk sunting stori anda, bukanya pada peranti yang anda pos stori tersebut dan tekan Menu iOS/Menu Android > Sunting Stori.

Menyunting Aturan Privasi

Sementara stori anda masih aktif, anda boleh tukar siapa yang boleh melihatnya dari mana-mana peranti anda. Tekan untuk buka stori anda, dan kemudian tekan ikon di susut kanan atas stori anda. Dari sana, anda boleh tukarnya kepada mana-mana 4 aturan privasi: Setiap Orang, Kenalan Saya, Rakan Karib atau Kenalan Dipilih.

Menyunting Stori Di Profil Anda

Anda boleh lihat dan urus stori yang anda telah simpan ke profil anda di Aturan > Stori Saya. Di sana anda boleh tekan mana-mana stori untuk lihat senarai penonton, tukar kenampakannya, atau keluarkannya dari profil anda.

Statistik Capaian Terperinci

Untuk lihat siapa yang tonton stori anda dan bila, bukanya dari bahagian atas skrin anda atau dari Arkib Stori anda di Aturan> Stori Saya dan tekan pada Capaian di bahagian bawah.

Di paras asal, senarai ini akan tidak dapat dilihat 24 jam selepas stori telah tamat tempoh, namun, pelanggan Telegram Premium boleh mengaksesnya tanpa ada had tempoh.

Perhatikan bahawa reaksi dan jumlah bilangan adalah masih tersedia untuk semua pengguna tanpa had tempoh.

Penapis Lanjutan

Penapis lanjutan tersedia bila mereka yang menonton stori anda telah mencukupi – untuk membantu anda melayari senarai panjang dengan mudah.

Paparan Statistik Terperinci

Penapis ini merangkumi medan carian yang membolehkan anda mencari pengguna tertentu, dan juga sebagai tab berasingan untuk semua penonton dan kenalan. Jika mencukupi pengguna yang memberi reaksi kepada stori anda, anda akan dapat menyisih senarai samada dengan Suka Dahulu atau Terbaru Dahulu.

Ambil perhatian bahawa pengguna yang dayakan Mod Ghaib tidak akan tersenarai dalam senarai ini kecuali jika mereka beri reaksi atau membalas stori anda.

Mod Ghaib

Bila pengguna membuka stori, mereka akan tersenarai dalam senarai penonton yang dapat dilihat oleh pencipta stori. Pengguna Premium boleh dayakan Mod Ghaib – menghilangkan apa yang mereka lihat dari mana-mana stori yang mereka buka dalam 5 minit yang lalu, dan menyembunyi apa yang mereka lihat untuk tempoh 25 minit seterusnya.

Untuk dayakan Mod Ghaib, buka mana-mana stori (termasuk stori sendiri), tekan Menu iOS atau Menu Android dan pilih ‘Mod Ghaib’.

Mod Ghaib hanya tersedia untuk pelanggan Telegram Premium, selain dari ciri eksklusif yang canggih dan berkuasa tinggi.

Premium Ciri Premium

Mana-mana pengguna Telegram boleh lihat, pos dan berinteraksi dengan stori. Pelanggan Telegram Premium disediakan dengan ciri eksklusif untuk memaximakan keupayaan stori:

  • Susunan Kepentingan– Dapatkan lebih banyak penonton kerana stori anda akan terpapar dahulu
  • Mod Ghaib – Menyembunyi fakta bahawa anda melihat stori seseorang.
  • Sejarah Penonton Kekal – Semak siapa yang menonton stori anda, walaupun mereka telah tamat tempoh.
  • Opsyen Tamat Tempoh Tersuai – Pamirkan cerita anda selama 6, 12 atau 48 jam.
  • Simpan Stori ke Galeri – Simpan mana-mana stori yang tidak dilindungi ke Galeri anda.
  • Kapsyen Lebih Baik – Guna kapsyen 10 kali lebih panjang untuk stori anda, dan juga link dan format tersuai.
  • Lagi Banyak Stori – Kongsi sehingga 100 stori bermakna bagi diri anda pada setiap hari.

Seperti dengan semua ciri Telegram Premium, ini hanyalah sebagai permulaan – jangkakan fungsi yang lebih berkuasa dengan kemaskini seterusnya.