Panggilan Video sehingga 1,000 Penonton, Mesej Video 2.0, Kelajuan Main Balik Video dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Panggilan Video sehingga 1,000 Penonton, Mesej Video 2.0, Kelajuan Main Balik Video dan Banyak Lagi

Kemaskini ini membawa video ke tahap seterusnya, Panggilan Video Grup kini mempunyai sehingga 1,000 penonton, merakam mesej video dengan kualiti yang lebih tinggi dan boleh dibesarkan, video biasa boleh ditonton pada 0.5 atau 2 kali kelajuan. Kami juga ada menambah perkongsian skrin dengan bunyi untuk semua panggilan video, termasuk panggilan 1-dengan-1 - dan banyak lagi.

Panggilan Video Grup 2.0

Panggilan Video Grup membolehkan hingga 30 pengguna menyiarkan video dari kedua-dua kamera dan skrin mereka - dan kini 1,000 pengguna boleh menonton apa sahaja dari kuliah di talian ke perhimpunan mega secara langsung.

Kami akan terus menambah had ini sehingga semua manusia di atas Bumi ini boleh sertai satu panggilan grup dan saksikan kami membuat persembahan (akan datang).

Untuk mulakan Panggilan Video Grup, cipta Bual Suara dari halaman info (di menu ⋮ pada Android) dari mana-mana grup yang anda adalah pentadbir – kemudian buka video anda.

Mesej Video 2.0

Mesej Video adalah cara pantas untuk daftar masuk atau berkongsi persekitaran baru tanpa menambah video lain ke galeri anda. Kini video mesej mempunyai resolusi lebih tinggi dan anda boleh tekan pada mesej video untuk besarkan saiz dan menerima semua tambahan piksel tanpa masalah.

Menekan pada mesej video yang dibesarkan akan hentikan sementara dan memberi peluang untuk laju kedepan atau putar ke belakang mesej jika anda tidak dengar beberapa perkataan.

Untuk merakam mesej video, tekan pada ikon mikrofon dan di bar mesej untuk tukar dari rakaman mesej suara kepada mesej video. Tekan dan tahan untuk rakam, kemudian tekan ikon kamera untuk tukar balik.

Audio dari peranti anda akan terus bermain ketika anda merakam, membolehkan anda turut menyanyi lagu kegemaran anda atau balas tanpa hentikan podkas. Sebagai tambahan, merakam dengan kamera belakang anda membolehkan anda memicit untuk zum masuk dan menangkap subjek dari jarak jauh atau menambah efek dramatik (muzik menakutkan tidak termasuk).

Kelajuan Main Balik Video

Untuk menambah kuasa ketika menghadiri kuliah dan memain semula tayangan gambar kung fu dengan gerak perlahan, pemain media kini mendokong 0.5x, 1.5x dan 2x kelajuan main balik. Juruprogram Android kami adalah peminat setia kepada burung kenari, oleh itu aplikasinya juga mendokong kelajuan 0.2x.

Untuk menukar kelajuan main balik video anda, tekan ⋮ pada Android atau ⋯ pada iOS bila menonton video dalam mod skrin penuh.

Di Android, anda juga boleh tekan dan tahan butang 2X bila bermain mesej suara atau mesej video untuk bertukar kelajuan main balik di antara 0.5x, 1x, 1.5x dan 2x.

Link Tanda Masa

Semenjak 2019, meletak tanda masa seperti 0:30 di kapsyen atau balas kepada link video dan link YouTube membolehkan pengguna lompat terus ke saat tepat – dan kini anda boleh tekan dan tahan pada tanda masa dalam mesej untuk salin link dan kongsi saat tersebut dalam bual yang lain.

Perkongsian Skrin Dengan Bunyi

Perkongsian skrin juga telah ditambah ke panggilan 1-dengan-1, dan kini bersekali dengan bunyi dari peranti anda bila membuat siaran dalam mana-mana panggilan video. Oleh itu pastikan anda keluar dari Super Mario sebelum giliran anda untuk membuat presentasi - atau jangan, dan guna mainan untuk kesan bunyi istimewa.

Bila membuka video semasa membuat panggilan, anda boleh leret untuk pilih salah satu dari kamera atau kongsi skrin anda — dan guna pratonton video untuk memastikan semuanya berjalan lancar sebelum sertai secara langsung.

Untuk kongsi skrin anda ketika panggilan video, tekan butang kamera dan pilih skrin anda sebagai punca video.

Musnah-Auto Selepas 1 Bulan

Mesej dalam mana-mana bual boleh diset untuk terhapus dengan sendiri selepas 1 hari atau 1 minggu - dan sekarang 1 bulan, sekiranya anda mahu bual anda masih ada di sepanjang kitaran bulan sebelum dihapus.

Hapus-Auto Selepas 1 Bulan

Untuk dayakan pemasa di Android, tekan ⋮ > Hapus Sejarah kemudian pilih berapa lama. Di iOS, tekan dan tahan mesej, tekan Pilih > Hapus Bual (kiri-atas) > Dayakan Musnah-Auto.

Lukisan Tepat

Penyunting media membolehkan anda memberi gambaran dan menghias foto dan video anda dengan lukisan, teks dan stiker. Untuk lebih mudah menambah ciri terperinci (atau misai yang kelihatan segak dan telinga kembang), saiz berus kini akan mengecil bila anda zum masuk – memberi anda ketepatan seorang profesional.

Untuk menukar saiz berus anda pada bila-bila masa, tarik titik ke atas dari panel pilihan warna.

Aplikasi Telegram Desktop kini mempunyai penyunting fotonya sendiri untuk krop, pusing atau terbalikkan imej - dan tambah lukisan atau stiker. Istimewa untuk desktop, versi yang anda sunting boleh dikirim sebagai fail tidak dimampatkan dengan buang tanda di kotak Mampatkan Imej.

Kod Laluan Beranimasi

Animasi baru membuat interfes penguncian kod laluan lebih canggih dari sebelum ini. Jika anda mengguna latar belakang beranimasi, ianya juga akan dipaparkan pada kunci skrin kod laluan. Tarian zapin akan berterusan.

Pemulihan Kata Laluan dan Peringatan

Kami telah menambah peringatan baru di Aturan untuk mambantu anda berlatih memasukkan kata laluan Verifikasi Dua Langkah.

Latihan Kata Laluan Verifikasi 2 Langkah Anda

Jika anda lupa kata laluan anda, terdapat opsyen baru set semula kata laluan yang berfungsi walaupun anda tidak mempunyai emel pemulihan - asalkan anda masih log masuk ke akaun anda. Proses ini akan mengambil masa 7 hari dan anda boleh batalkan dari mana-mana peranti.

Mengirim Mesej Beranimasi di Android

Seperti emoji dan stiker, mesej teks mempunyai animasi ringan - bila anda tekan Kirim, teks anda dengan lancar bertukar ke buih mesej apabila ia terbang ke dalam bual. Pengguna iOS menerima animasi yang jimat tenaga di kemaskini sebelum ini.

Kamera dalam Aplikasi Baru di iOS

Kamera dalam aplikasi kini menggunakan semua tahap zum pada peranti anda – termasuk 0.5x dan 2x jika disediakan. Anda juga boleh tekan dan tahan untuk buka roda zum yang membolehkan anda zum masuk dan keluar dengan kawalan terperinci.

Untuk mengguna kamera dalam aplikasi, tekan ikon 📎 pada bar mesej dan kemudian tekan pengisian kamera di menu lampiran.

Lagi untuk iOS

Pilih pelbagai penerima untuk majukan mesej dengan menekan ‘Pilih’ pada menu memajukan untuk kongsi meme anda yang terbaik dengan semua rakan rapat anda.

Pelbagai Penerima

Skrol dengan dua jari dalam senarai bual akan secara pantas memilih beberapa bual untuk aksi pukal seperti arkib, hapus dan tanda semua sebagai dibaca.

Gambar profil kini mengekori mesej bila anda skrol di grup bual agar anda sentiasa mengetahui siapa yang kirim setiap satu, dalam satu rantai yang panjang dari satu. perkataan. hingga. ke. satu. yang. lagi.

Emoji Beranimasi Baru

Tiada kemaskini Telegram yang lengkap tanpa emoji beranimasi baru. Seperti selalunya, hanya kirim mesej dengan satu emoji untuk memperolehi salah satu dari ini di bual:

Dan itu sahaja untuk kali ini – kami sedang giat melakukan kemaskini seterusnya pada kelajuan 2X.


30 Julai 2021
Pasukan Telegram