Mengambil Balik Hak Privasi Pengguna

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Nyahkirim mesej, memajukan tanpa nama, penambahbaikan carian dan sokongan ‘VoiceOVer/TalkBack’

Bagi kami, data peribadi anda adalah terlalu suci. Kami tidak akan guna data anda untuk tujuan sasaran iklan. Kami tidak pernah menyerahkan data anda kepada pihak ketiga. Kami hanya simpan apa yang patut untuk Telegram berfungsi.

Pada tahun 2013, kami membolehkan berjuta manusia mengguna data mereka dengan inkripsi awal-ke-akhir.

Hari ini, kami memberi beratus juta pengguna kawalan mutlak pada mana-mana perbualan peribadi yang pernah mereka lakukan. Anda kini boleh pilih untuk hapus mesej yang anda pernah kirim atau terima untuk kedua belah pihak di mana-mana bual peribadi. Mesej akan terhapus untuk anda dan juga teman bual anda – tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Tarik Balik Apa Yang Dikirim (Nyahkirim) Apapun

Ciri Nyahkirim yang kami memperkenalkan 2 tahun yang lalu hanya terdapat untuk mesej yang dikirim oleh anda dan hanya untuk tempoh 48 jam. Kini anda boleh hapuskan mesej yang anda telah kirim atau terima, dan tanpa batasan masa. Anda juga boleh hapus sepenuhnya mana-mana bual peribadi dari kedua-dua peranti anda dan juga peranti teman bual anda hanya dengan dua tekanan.

Memajukan Tanpa Pengenalan

Untuk melengkapkan privasi anda, kami juga telah memperkenalkan cara untuk menghadkan siapa yang boleh majukan mesej anda. Bila aturan ini didayakan, mesej yang anda kirim yang dimajukan oleh pengguna lain tidak lagi akan dikaitkan ke profil anda – bahkan mereka akan dipaparkan dengan nama anda dalam bentuk teks biasa tanpa link. Dengan cara ini mesej yang anda kirim tidak boleh diguna untuk mengesahkan yang anda adalah pengarangnya.

Anda boleh dayakan opsyen ini di Aturan > Privasi dan Sekuriti > Mesej Dimajukan.

Selain itu, anda kini juga dapat menghadkan siapa yang boleh lihat gambar profil anda.

Carian Aturan

Memandangkan seksyen Aturan sentiasa berkembang, kami telah memperkenalkan alatan mencari yang membolehkan anda untuk secara pantas menjumpai aturan yang anda sedang cari.

Anda juga boleh guna alatan ini untuk mencari jawapan pada soalan berkaitan dengan Telegram berdasarkan Soalan Lazim kami.

Carian Emoji dan GIF

Carian GIF dan Stiker telah dinaiki taraf pada semua platform mudah alih – dengan interfes yang dikemaskini yang kelihatan lebih menarik (dan akan berjumpa lebih banyak kucing). Anda boleh tekan dan tahan untuk pratonton GIF sebelum mengirimnya.

Pek Stiker kini mempunyai ikon khas, yang memudahkan untuk memilih set yang betul. GIF bersaiz besar dan mesej video kini boleh distrim, supaya anda dapat mula menonton tanpa menunggu mereka dimuat turun sepenuhnya.

Di Telegram Android, anda kini boleh guna kata kunci dalam banyak bahasa untuk menjumpai emoji tertentu. Jika ada kata kunci untuk emoji yang kami tertinggal, kami alu-alukan cadangan anda di sini – keputusan carian emoji akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik secara terus, tanpa perlu mengemaskini aplikasi Telegram anda.

Anda juga akan nampak senarai emoji yang berkaitan bila menaip mesej. Jika anda menyukai emoji tersebut, cukup untuk mengirimnya tanpa teks iringan, emoji akan kelihatan bersaiz besar di bual.

’VoiceOver’ dan ‘TalkBack’

Kami telah memperkenalkan sokongan untuk ciri membaca skrin – ’VoiceOver’ di iOS dan ’TalkBack’ di Android. Platform kebolehcapaian ini memberi maklum balas dengan suara agar anda boleh guna Telegram tanpa perlu melihat skrin.

Sila beritahu kami apakah yang anda fikir kemaskini selepas ini yang anda fikirkan patut diperkenalkan.

24 Mac 2019
Pasukan Telegram