Label Privasi Apple Diterangkan

Telegram mempunyai beberapa prinsip asas bila mengumpul dan memproses data peribadi:

  • Kami tidak menggunakan data anda untuk menjejak atau menampilkan iklan kepada anda.
  • Kami tidak menggunakan data anda untuk membantu orang lain menjejak anda atau menampilkan iklan kepada anda.
  • Kami hanya menyimpan data yang perlu untuk Telegram berfungsi sebagai perkhidmatan pemesejan yang selamat dan kaya dengan ciri, selama anda memerlukannya.

Laman ini menerangkan label privasi Apple yang dipamirkan untuk Telegram iOS dan bagaimana ianya boleh mengelirukan.

Ambil perhatian bahawa aplikasi Telegram, termasuk Telegram untuk iOS, adalah sumber terbuka. Penyelidik bebas boleh pastikan yang aplikasi tidak melakukan apa-apa di belakang anda, dan mengesahkan yang Telegram yang dimuat turun dari App Store adalah dibina dari kod yang sama seperti yang diterbitkan.


Pembelian

Sejarah Pembelian. Label ini mungkin mengelirukan.
Jika anda pilih untuk guna bot Telegram untuk beli sesuatu, bot mungkin kirim mesej kepastian atau resit ke bual anda dengan bot. Seperti mesej dalam bual awan lain, Telegram akan simpan mesej tersebut untuk paparan pada semua peranti anda.

Lagi Polisi Privasi di »


Info Kewangan

Info Pembayaran. Label ini mungkin mengelirukan.
Bila anda mengguna Telegram untuk beli sesuatu, anda boleh masukkan maklumat kad kredit anda dan membuat pilihan untuk menyimpannya dengan pembekal pembayaran. Informasi kad kredit anda tidak akan dikongsi dengan Telegram.

Lagi Polisi Privasi di »

Mana-mana penyelidik bebas boleh mengesahkan perkara ini dengan memeriksa kod punca terbuka Telegram (1 dan 2).


Lokasi

Lokasi Tepat. Label ini mungkin mengelirukan.
Jika anda kongsi Lokasi Langsung anda dalam mana-mana bual atau mendayakan ’Buat Diri Saya Boleh Dilihat’ di Orang Berdekatan, Telegram akan mengguna data anda untuk memapar lokasi anda kepada mereka yang anda berkongsinya – hanya untuk tempoh anda mendayakan ciri. Di paras asal, anda tidak berkongsi lokasi anda dengan sesiapapun.

Lagi Polisi Privasi di »


Info Kenalan

Nama, Nombor Fon

Telegram menggunakan nombor fon sebagai pengenalan unik agar mudah bagi anda untuk beralih dari SMS dan aplikasi pemesejan lain dan mengekalkan grafik sosial anda. Telegram tidak mengesahkan nama paparan dan pengguna bebas memilih nama paparan yang mereka suka.

Lagi Polisi Privasi di »


Kenalan

Telegram menyimpan kenalan terkini anda untuk memberitahu anda sebaik sahaja kenalan anda mendaftar ke Telegram dan memaparkan nama dalam notifikasi dengan betul. Kami hanya memerlukan nombor dan nama (pertama dan terakhir) untuk berfungsi dan tidak menyimpan data lain mengenai kenalan anda.

Algoritma automatik kami juga boleh menggunakan set nombor fon tanpa nama untuk mengira jumlah purata kenalan yang mungkin dimiliki oleh nombor fon yang tidak didaftarkan di Telegram. Apabila anda membuka interfes 'Jemput rakan', kami memaparkan statistik yang dihasilkan di sebelah kenalan anda untuk memberi anda idea tentang siapa yang paling banyak mendapat manfaat daripada menyertai Telegram.

Pengguna tidak diminta untuk berkongsi kenalan mereka dengan Telegram, dan dapat menghapus kenalan yang disegerakkan pada bila-bila masa.

Lagi Polisi Privasi di »


Konten Pengguna

Emel atau Mesej Teks, Foto atau Video, Data Audio

Telegram adalah perkhidmatan awan. Kami menyimpan mesej, foto, video dan dokumen dari bual awan di server kami sehingga anda dapat mengakses data dari mana-mana peranti anda pada bila-bila masa tanpa harus bergantung pada sandaran pihak ketiga. Semua data disimpan dengan inkripsi kukuh dan kunci penyulitan dalam setiap kes disimpan di beberapa pusat data di wilayah yang berbeza. Dengan cara ini jurutera tempatan atau penceroboh fizikal tidak dapat mengakses data pengguna.

Lagi Policy Privasi di »

Konten Mainan. Label ini mungkin mengelirukan.
Jika anda mengguna bot seperti @gamebot untuk bermain game, ianya akan memapar
skor tertinggi*
anda sebagai mesej di bual. Seperti mesej lain di bual awan, Telegram akan menyimpan mesej tersebut untuk paparan di semua peranti anda.


Pengenalan

ID Pengguna
Seperti aplikasi lain di mana pengguna mempunyai akaun (berbanding, misalnya, cuaca atau aplikasi stok yang hanya menunjukkan maklumat yang tidak berkaitan dengan anda), Telegram memerlukan “pengenalan” bagi setiap pengguna untuk mengetahui perbualan mana yang akan mereka lihat ketika mereka log masuk. Seperti dalam aplikasi pemesejan lain, pengenalan ini dihubungkan ke nombor fon anda, agar anda dengan mudah beralih dari SMS dan aplikasi pemesejan lain dan mengekalkan grafik sosial anda.

Kami juga mendokong pilihan nama samaran yang membantu pengguna berhubung di antara satu sama lain tanpa berkongsi nombor fon.